Robot Kalis Radiasi Oleh Toshiba
Syarikat teknologi dari jepun Toshiba telah mencipta satu robot yang boleh digunakan semasa berlakunya radiasi yang kuat. Robot berkaki 4 ini boleh mengangkat beban seberat 20kg dan disertakan dengan sensor radiasi, kamera untuk pengawalan dan satu robot mini yang boleh menyelinap ke ruangan kecil. Robot ini dinamakan Tetrapod dan berat robot ini 65kg, robot ini juga dikawal dengan wireless remote. Idea mencipta robot ini tercetus kerana kejadian Tsunami yang melanda Fukushima yang lalu dan menyebabkan mereka terpaksa membawa robot dari U.S untuk memantau kerosakan yang berlaku.
Labels:
Berita Dunia
Post a Comment